fbpx
GAMBAR HIASAN

50 negara Islam perlu terima pelarian Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Perang Palestin-Israel adalah ‘epitome’ kejahatan dan kezaliman makhluk bernama manusia. Lebih 10,000 penduduk Palestin terbunuh, manakala 4,000 daripada korban tersebut ialah kanak-kanak.

Sejumlah 1.5 juta daripada sekitar dua juta warganya pula menjadi pelarian dan melarikan diri ke selatan Semenanjung Gaza.

Lantaran, wilayah Palestin memiliki panjang 41 kilo­meter dan lebar antara 6 hingga 12 kilometer itu terbahagi dua kepada Gaza Utara dan Gaza Selatan selepas Israel melancarkan kempen pengeboman yang disusuli sera­ngan darat besar-besaran sejak 7 Oktober lalu.

Sepanjang tempoh tersebut, Israel mengebom lebih 12,000 sasaran tanpa mengira masjid, sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, hospital atau struktur awam lain dengan alasan mahu menghapuskan Hamas.

Menurut stesen penyiaran Al-Jazeera, secara purata, Israel menggugurkan sekitar 600 tan bom pada setiap hari sejak konflik tercetus pada 7 Oktober lalu. Segala jenis bom telah digunakan melainkan bom atom atau nuklear.

Lantas, ke mana ke mana lagi harus semua orang Islam ini pergi? Dunia Islam dan Majlis Keselamatan menjadi gelanggang retorik mengecam Israel dan menyeru gencatan senjata segera dilaksanakan, namun tiada langkah konkrit untuk membantu rakyat Palestin.

Perang yang dilancarkan bukan lagi untuk membebaskan lebih 200 tebusan yang diculik Hamas atau menghapuskan kumpulan tersebut. Israel seperti melihat semua penduduk Gaza ialah Hamas dan mahu menghapuskan mereka semua.

Ada kebenarannya laporan media Barat dan Asia Barat baru-baru ini bahawa Israel mahu mengusir penduduk Gaza ke gurun Sinai atau mana-mana sahaja lokasi di luar Semenanjung Gaza.

Lebih perit, jiran Gaza, Mesir enggan menerima pelarian Palestin dengan alasan ia hanya akan membantu mencapai matlamat Israel untuk merampas tanah Palestin di Gaza sekali gus meluaskan wilayah sedia ada Zionis di rantau Asia Barat.

Lantaran ke mana lagi mereka di Semenanjung Gaza yang merupakan saudara seagama kita harus pergi.

Di dunia ini ada lebih 50 negara yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam. Di dunia sekarang juga wujud pelbagai gerakan yang bermatlamat mewujudkan negara pemerintahan khalifah. Namun, semuanya hanya mengebom, menyerang dan membunuh sesama orang Islam.

Sehingga kini, kita tidak mendengar mereka mengumumkan untuk menghantar pejuang membantu penduduk Gaza.

Apa yang kita lihat ialah gerakan atau kumpulan berfahaman Syiah bertempur setiap hari dengan tentera Israel.

Mungkin negara-negara Islam dapat menerima pela­rian Palestin di negara masing-masing seperti yang pernah dilakukan oleh Ansar kepada Muhajirin 1,400 tahun dahulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN