fbpx

Tunjuk bukti ada hubungan keluarga dengan Chin Peng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guan Eng

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP, Lim Guan Eng memberi tempoh kepada Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad sehingga Khamis ini bagi mengemukakan bukti beliau mempunyai hubungan kekeluargaan dengan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan pemimpin komunis, Chin Peng.

Siti Mastura yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas Pulau Pinang, sebelumnya telah mengeluarkan kenyataan ketika berucap di sebuah majlis di Kemaman, Terengganu, dan mendakwa Guan Eng mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kedua-duanya.

Guan Eng dalam satu sidang akhbar di Parlimen berkata, tindakan akan diambil sekiranya Siti Mastura gagal menunjukkan bukti berkenaan.

“Kita tunggu sehingga Khamis ini, jika tiada kita akan ambil tindakan seterusnya. Pihak berkuasa tidak boleh ambil ringan kerana ia boleh memecahbelahkan rakyat,” katanya.

Guan Eng berkata, ia merupakan satu serangan peribadi ke atas diri, keluarga dan pemimpin utama dalam DAP.

“Bukan sahaja serangan peribadi tapi ia juga berbaur perkauman dan hasad dengki terhadap kami khususnya saya dan bapa, Tan Sri Lim Kit Siang. Semua pun dah bersara tapi masih menjadi sasaran dan saya tegaskan di sini, saya tak ada hubungan keluarga dengan semua yang disebutkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI