fbpx

Media Mandarin, Inggeris digesa tidak sebut Hamas militan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Media di Malaysia digesa supaya tidak menyebut pejuang Hamas sebagai pengganas atau militan dalam pelaporan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setiap pengamal media perlu mempunyai kesedaran dan memahami sensitiviti rakyat.

“Untuk Malaysia saya setuju harus ada kesedaran supaya semua media faham kegelisahan dan sensitiviti rakyat dan mengiktiraf hak rakyat Palestin untuk membantah dan bertindak.

“Kerana, saya selalu ungkapkan ‘dispossession’ (perampasan) tanah, harta dan maruah daripada terus diperkosa, jadi ada hak untuk mereka terus bangkit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang mempertikaikan tindakan beberapa media tempatan (bahasa Mandarin dan Inggeris) yang menyebut Hamas sebagai pengganas atau militan, di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau dalam masa sama meminta Perdana Menteri mengambil tindakan ke atas media-media terbabit berikutan ia turut menggambarkan pendirian kerajaan dan Perdana Menteri sendiri.

Anwar berkata, beliau bersetuju dengan gesaan yang dibangkitkan Wan Ahmad Fayhsal berkenaan.

“Saya setuju sebab tu dalam jawapan saya minggu lalu sengaja saya kaitkan tentang kedudukan Kristian yang menjadi mangsa keganasan Yahudi supaya rakyat Malaysia tahu bahawa sama ada orang Islam atau bukan termasuk Kristian, ia berkaitan isu kemanusiaan dan kezaliman.

“Gesaan YB itu saya setuju, untuk mengingatkan semua media bahawa ada yang dikatakan legitimate maknanya yang hak mana-mana negara dijajah dizalimi, berhak seperti mana contoh terbaik adalah African National Congress (ANC).

“ANC masa dituduh pengganas, tetapi Almarhum Tunku Abdul Rahman memberi sokongan kepada ANC dan ia berterusan.

“Kalau kita buat kenyataan menyokong ANC, ini pemimpin-pemimpin sebelum saya, tidak mengiktiraf kenyataan dunia barat bahawa Nelson Mandela itu kepala pengganas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`