fbpx

Konflik Palestin-Israel: Menteri Israel mahu guna bom nuklear ratakan Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eliyahu tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat-mesyuarat kabinet bagi tempoh masa yang belum diputuskan. – X

TEL AVIV – Menteri Warisan Israel, Amichai Eliyahu digantung daripada tugasnya selepas mengusulkan Rejim Zionis menggugurkan bom nuklear di Semenanjung Gaza, lapor laman berita Middle East Monitor semalam.

Awal semalam, akhbar Times of Israel melaporkan bahawa menteri berfahaman ekstrem daripada parti ekstremis, Otzma Yehudit itu berkata demikian dalam satu temu bual bersama  Radio Kol Berama.

Dia menyebut penggunaan senjata nuklear sebagai salah satu alternatif bagi menamatkan perang Palestin-Israel.

Eliyahu turut menyatakan bahawa lebih dua juta populasi Palestin di Semenanjung Gaza boleh pergi ke Ireland atau mana-mana gurun serta mencari penyelesaian sendiri bagi konflik kemanusiaan yang dihadapi.

Susulan  temu bual itu, Eliyahu tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat kabinet bagi tempoh masa yang belum diputuskan.

Bagaimanapun selepas dikenakan ‘hukuman’ tersebut, Eliyahu mengeluarkan kenyataan susulan yang mendakwa komennya itu hanya sebagai metafora.

“Jelas bagi semua orang yang berakal bahawa kenyataan mengenai atom (bom) adalah metafora,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI