fbpx

Azharina Azhar hidap penyakit misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azharina mendedahkan dirinya menghidap sejenis penyakit yang enggan didedahkan kepada umum buat masa sekarang. - ASTRO.

SHAH ALAM – Peserta All Stars Gegar Vaganza (GV10), Azharina Azhar mengejutkan ramai apabila memaklumkan dirinya menghidap penyakit ‘misteri’ yang memberi kesan kepada pergerakan hariannya termasuklah semasa menyanyi.

Bagaimanapun, penyanyi asal Kota Kinabalu, Sabah itu enggan berkongsi secara terbuka mengenai penyakit yang dikesan sejak September tahun lalu.

“Ada perkara boleh cakap dan ada sakit yang tidak boleh saya kongsikan. Saya akan beritahu apabila tiba masanya.

“Saya dapat kesan penyakit pada tahun lepas dan kini dalam proses mengubati.

“Kalau boleh saya tidak mahu kongsikan kerana kita harus positif dan teruskan hidup seperti biasa,” katanya.

Berkongsi lanjut, pelantun lagu Elegi Sepi itu memaklumkan, penyakit tersebut memberi kesan kepada tenaga fizikalnya sehingga membuatkan dia mengambil inisiatif menyertai kelas sukan lasak.

“Sebab itu minggu lepas saya ada cakap sedang belajar muay thai dan ‘boxing’ untuk bina balik stamina kerana ada masalah kesihatan.

“Penyakit ini memberi kesan buat stamina dan jadi cepat penat. Ada hari datang masalah kemurungan.

“Kadang sentiasa mahu baring dan paksa diri untuk bangun makan dan sebagainya,” jelasnya lagi.

Walaupun dinasihatkan untuk berehat, Azharina tetap mahu meneruskan perjuangan dalam GV10 dan memberikan persembahan terbaik para peminat.

“Keluarga tahu dan doktor juga sudah nasihatkan untuk berehat sebelum saya mula GV.

“Namun, saya cuma perlu jaga makan sekarang kerana dalam GV makan tidak ikut waktu.

“Bagaimanapun, saya akan cuba sehabis daya untuk buat yang terbaik,” ujarnya kepada Kosmo! Online selepas konsert minggu ketujuh GV10 di sini, semalam.

Semalam, juri tetap GV10, Datuk Ramli MS menegaskan Indeks Prestasi Utama (KPI) Azharina semakin menurun.

Ramli yang lebih mesra disapa Tokram itu turut menasihatkan Azharina untuk kekal tenang semasa melakukan persembahan.

Pada konsert minggu ketujuh, penyanyi berusia 38 tahun itu menduduki tempat ketujuh dengan markah 65.50 peratus selepas menyampaikan lagu Sejati nyanyian asal Faizal Tahir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI