fbpx

Wanita diugut kerana sebar video goyang gerudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki warga tempatan (kanan) yang ditahan berikutan melakukan ugutan kepada seorang wanita selepas dikatakan menyebarkan video goyang gerudi di Simpang Renggam, Kluang pada 26 Oktober lalu.

KLUANG – Seorang wanita diugut kerana dikatakan menyebarkan video goyang gerudi sehingga tular dan menyebabkan Karnival Makanan Johor di Dataran Industri Kecil dan Sederhana di Simpang Renggam hujung bulan Oktober baru-baru ini dihentikan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pada 26 Oktober lalu, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita warga tempatan telah diugut oleh seorang lelaki tidak dikenali melalui panggilan telefon.

Katanya, berikutan daripada laporan itu, pada 1 November lalu, kira-kira pukul 2.15 petang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dan Segamat telah berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 49 tahun di Jalan Buluh Kasap di Segamat.

“Suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah namun hasil ujian saringan air kencing mendapati negatif.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya melalui kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI