fbpx

Peserta konvoi maut, motosikal berkuasa tinggi rempuh penghadang jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal ditunggang mangsa selepas merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 47, Jalan Gua Musang-Lojing di Gua Musang, hari ini. Foto AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Kegembiraan sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi menyertai konvoi ke Cameron Highlands, Pahang berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut selepas merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 47, Jalan Gua Musang-Lojing di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa, Chan Sizn Kit yang menunggang motosikal jenis KTM RC8 dalam perjalanan dari Gua Musang menuju ke Cameron Highland.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, semasa tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang Sizn Kit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh besi penghadang jalan.

“Mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI