fbpx

Pemandu, kelindan lori direman buang sisa toksik ke dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMANDU dan kelindan lori diiringi ke Mahkamah Kulai hari ini bagi mendapatkan permohonan reman bagi membantu siasatan berhubung pelupusan bahan buangan terjadual secara haram di Kampung Pemuda Jaya, Seelong, Kulai, semalam.

KULAI – Seorang pemandu dan kelindan lori ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan berhubung insiden pelupusan bahan buangan terjadual secara haram di Kampung Pemuda Jaya, Seelong, Kulai semalam.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Azureen Sahira Sauffee Afandi di Mahkamah Kulai, di sini hari ini oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor.

Reman ke atas suspek berusia 46 dan 48 tahun sehingga Rabu ini membolehkan siasatan lanjut dibuat ke atas mereka mengikut Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Semalam, anggota Balai Polis Senai menahan kedua-dua suspek pada pukul 5.30 pagi ketika sedang melakukan pelupusan haram disyaki buangan terjadual dari sebuah lori ke longkang yang menghubungkan anak Sungai Tebrau.

Siasatan yang dijalankan ke atas lori itu menemukan 20 buah tong mengandungi cecair berwarna hitam, perang dan putih disyaki bahan buangan terjadual yang diambil daripada beberapa kilang berhampiran untuk dilupuskan secara haram.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI