fbpx

K2

Pastikan jambang, misai sentiasa kemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CUCI jambang setiap tiga kali seminggu bagi menghilangkan kotoran. – Gambar hiasan

SEJAK 2003, sebuah badan amal, Movember Foundation menjalankan kempen meningkatkan kesedaran tentang kesihatan lelaki.

Antara isu kesihatan lelaki yang ditekankan pada kempen tersebut adalah kanser prostat, kanser testis dan kesihatan mental.

Kempen Movember menggalakkan kaum lelaki tidak mencukur misai dan jambang mereka sepanjang November sebagai tanda solidariti.

Namun, bukan mudah untuk memastikan misai dan jambang kekal kemas dan rapi.

Oleh itu, Horizon akan berkongsi tip penjagaan bagi memastikan misai dan jambang tumbuh lebih sihat serta berkilat buat para lelaki.

Cuci misai, jambang
Syampu jambang dua atau tiga kali seminggu bagi menghilangkan kotoran, minyak serta kuman yang terkumpul.

Gunakan gerakan bulatan sepanjang membersih dan bilas jambang dengan air suam.

Keringkan jambang dengan menggunakan tuala bersih.

 

Kekalkan kelembapan jambang
Tuangkan beberapa titis minyak jambang ke tapak tangan dan ratakan antara kedua-dua tangan.

Urut minyak dari bahagian akar ke hujung jambang supaya ia mudah diserap oleh kulit.

Cara ini akan melembabkan kulit di bawah rambut muka dan mampu mengelakkan kegatalan, mengawal pertumbuhan kelemumur serta mengekalkan kesihatan folikel.

AMBIL serum khas bagi memastikan jambang sentiasa sihat. – Gambar hiasan

 

Sikat Jambang
Seperti rambut, jambang juga perlu disikat selalu bagi memastikan ia kekal kemas dan rapi.

Mulakan dengan menyikat jambang dari bahagian leher hingga ke atas dan arah pipi bagi meleraikan sebarang kekusutan.

Kemudian, mulakan dari pipi dan sikat ke bawah mengikut arah rambut tumbuh secara semula jadi.

 

Sikat Jambang
Seperti rambut, jambang juga perlu disikat selalu bagi memastikan ia kekal kemas dan rapi.

Mulakan dengan menyikat jambang dari bahagian leher hingga ke atas dan arah pipi bagi meleraikan sebarang kekusutan.

Kemudian, mulakan dari pipi dan sikat ke bawah mengikut arah rambut tumbuh secara semula jadi.

 

Ambil vitamin untuk kesihatan
Gaya hidup sihat secara keseluruhan penting sekiranya mengidamkan janggut yang lebat dan sihat.

Ini termasuk tidur secukupnya, mengamalkan diet seimbang dan mengambil suplemen khas.

Antara suplemen diperlukan adalah vitamin B3( Niacin), vitamin B7 (Biotin), Vitamin D dan Vitamin E.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI