fbpx

Mahkamah: Ramasamy diperintah bayar lebih RM1 juta kepada Zakir Naik 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zakir Naik (kiri) dan P. Ramasamy (kanan).

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr. P. Ramasamy membayar lebih RM1 juta kepada penceramah dari India, Dr. Zakir Naik, dalam masa 30 hari.

Hakim, Hayatul Akmal Abdul Aziz memutuskan demikian selepas mendapati Zakir selaku plaintif berjaya memenuhi tiga elemen fitnah yang dilemparkan pemimpin DAP itu, empat tahun lalu.

Samasa prosiding, peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Zakir, memberitahu mahkamah, anak guamnya tidak dapat hadir kerana berada di Nigeria untuk majlis ceramah sehingga 5 November ini.

Justeru katanya, Zakir menghadiri prosiding ini secara dalam talian, menerusi aplikasi Zoom.

Pada Oktober dan Disember 2019, Zakir memfailkan dua saman berasingan mendakwa Ramasamy mengeluarkan lima kenyataan memfitnahnya.

Dalam pernyataan tuntutan, beliau mendakwa Ramasamy memfitnahnya pada 10 April 2016, dengan memanggilnya ‘syaitan’ dalam laman Facebook.

Zakir yang bertaraf Penduduk Tetap, berkata Ramasamy memfitnahnya dalam satu lagi kenyataan disiarkan portal berita pada 1 Oktober 2017, dengan mendakwa Malaysia melindungi apa didakwanya sebagai pelarian dari India.

Beliau juga mendakwa pada 11 Ogos 2019, Ramasamy memanipulasi ucapan dibuatnya pada satu majlis anjuran Kerajaan Kelantan, diterbitkan portal berita, pada hari sama.

Pada 20 Ogos 2019, Ramasamy sekali lagi dikatakan memfitnah Zakir dalam kenyataan mengandungi kebencian.

Saman kedua Zakir dibuat kerana mendakwa Ramasamy memfitnahnya apabila mengulas berhubung kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang disiarkan portal berita pada 8 November 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI