fbpx

Dewan Rakyat: Perolehan ventilator tanpa bertulis ketika Dr. Adham Menteri Kesihatan – PAC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Perolehan ventilator tanpa perjanjian bertulis seperti dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 30 oktober lalu berlaku ketika Dr. Adham Baba menjadi Menteri Kesihatan.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin ketika sidang akhabr di bangunan Parlimen hari ini.

“Memang semuanya dah sedia maklum ini berlaku sewaktu menteri Dr. Adham Baba. Bahkan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (bekas Menteri Kesihatan) telah beri kenyataan yang mana itu bukan pada waktu beliau menjawat jawatan tersebut.

“Semua boleh rujuk dan baca terus laporan PAC yang telah dibentangkan,” katanya.

Terdahulu pada 30 Oktober lalu, Kosmo! melaporkan, ketiadaan perjanjian bertulis antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd (PLSB) menyebabkan tiada mana-mana pihak boleh dipertanggungjawabkan untuk diambil tindakan berhubung kegagalan 104 unit ventilator berfungsi.

Menurut Laporan Pengurusan Wabak Covid-19: Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan lebihan Peralatan Perlindungan Diri (PPE), tiada kontrak digubal di antara KKM dan Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd (PLSB) mengenai perolehan ventilator.

Disebabkan isu itu, kerajaan mencatatkan kerugian RM505 juta akibat 8.5 juta dos vaksin Covid-19 tamat tarikh luput yang berpunca dari­pada kurang permintaan dan kelewa­tan negara menerima vaksin tersebut.

Laporan yang dikeluarkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu mendedahkan sehingga kini ketidaktentuan peranan PLSB dalam isu itu mengakibatkan proses mengambil tindakan undang-undang tidak dilaksanakan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI