fbpx

Budak 11 tahun dicabul ketika ambil daun pandan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Muar hari ini selepas dituduh melakukan cabul terhadap kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, 20 Oktober lalu.

MUAR – Seorang kanak-kanak perempuan berdepan detik hitam apabila menjadi mangsa cabul seorang pekerja kedai makan ketika diajak mengambil daun pandan di sebuah rumah di Kluang, 20 Oktober lalu.

Perbuatan keji lelaki berusia 23 tahun itu bagaimanapun terbongkar selepas kanak-kanak berusia 11 tahun itu memberitahu ahli keluarganya selepas dicabul.

Jenayah yang dilakukan tertuduh akhirnya dibawa kemuka pengadilan apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan kanak-kanak.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang masih bujang didakwa melakukan perbuatan jahat itu terhadap kanak-kanak itu di sebuah rumah di Kluang, pada 20 Oktober lalu.

Kejadian berlaku antara pukul 7.30 hingga 8 malam dan dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kejadian, tertuduh yang juga jiran mangsa dilaporkan bertandang ke rumahnya untuk mengambil daun pandan.

Pada masa masa, pemuda itu turut mengajak mangsa menemaninya sebelum mengambil kesempatan melakukan perbuatan itu.

Mangsa ketakutan kemudian melarikan diri sebelum memaklumkan kejadian itu kepada ahli keluarganya. Berikutan itu, keluarga mangsa membuat laporan di Balai Polis Kluang pada hari kejadian.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir, manakala tertuduh diwakili peguam G. Subramanian Nair dan S. Selvantheran.

Terdahulu, pihak pendakwaan mengemukakan dua pilihan kepada mahkamah agar tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin atau ikat jamin sebanyak RM18,000.

Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin serta 10 Disember ini sebagai sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI