fbpx

Saya bukan Islam, apa salahnya minum arak? – King Sing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
King Sing di Dewan Rakyat semalam.

KUALA LUMPUR – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mempertahankan tindakannya meminum minuman keras sehingga mabuk.

Ini kerana katanya, amalan tersebut adalah cara kehidupannya sebagai kaum Cina yang mungkin berbeza dengan perspektif penganut agama Islam.

Kata King Sing, tidak menjadi kesalahan untuknya minum minuman keras sehingga tahap kurang siuman kerana sebagai bukan Islam, dia bebas melakukan apa sahaja.

“Saya bukan orang Islam, saya minum apa salahnya? Saya pergi Pelangai sana (semasa pilihan raya kecil), mereka ajak saya menyertai Festival Tanglung, saya minum, saya bermain dengan budak-budak macam orang ‘gila’, jadi, apa salahnya?

“Ini budaya orang Cina, tiada masalah. Jangan cerita bukan-bukan. Kalau saya orang Islam, saya memang tidak boleh buat macam itu, tapi saya bukan Islam, maka, saya boleh buat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat semalam dan meminta pembangkang supaya tidak mempertikai pegangan dan cara kehidupannya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dilaporkan secara sinis menegur King Sing yang dianggap tidak sesuai menjalankan tugas sebagai menteri yang menjaga hal ehwal pelancongan, seni dan budaya.

Beliau mendakwa King Sing mengambil minuman keras sehingga menjadi mabuk dan seolah-olah mahu memperkenal Malaysia dengan cara mabuk dan menari di khalayak ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI