fbpx

‘Rider’ berlakon naik pesawat hantar nasi ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu dirakam menaiki pesawat AisAsia sambil memakai uniform Grab. - KhaoSod

BANGKOK – Video memaparkan seorang penghantar makanan diterbangkan ke Singapura untuk membeli nasi ayam yang ditempah pelanggan di Thailand disahkan hanya palsu, lapor laman berita Thaiger semalam. 

Jurucakap Grab Singapura mengesahkan bahawa video itu dicipta secara persendirian, manakala penghantar makanan yang dirakam bukanlah pekerja yang berdaftar.

Rakaman kejadian dimuat naik oleh seorang pengguna di platform TikTok menerusi akaun @thita.vy. 

Video tersebut memaparkan seorang penghantar makanan yang lengkap beruniform Grab membawa beg syarikat penghantaran itu ketika menaiki pesawat AirAsia.

Wanita yang merakam video itu berkata, lelaki berkenaan mendakwa bahawa dia diupah untuk terbang ke Singapura bagi membeli nasi ayam dan menghantarnya semula ke Bangkok.

Video itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen dengan ada yang mempersoalkan sama ada ia sebenarnya kandungan yang dilakonkan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI