fbpx

Hujan lebat, ribut petir beberapa negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir berterusan di satu dua tempat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

MetMalaysia dalam kenyataan di laman sesawang memaklumkan ribut petir diramal berlaku di Pahang dan di kawasan pendalaman Kelantan dan Terengganu.

“Di Sabah, hujan diramal berlaku di Pedalaman, Pantai Barat dan Wilayah Persekutuan Labuan. Cuaca yang sama diramal berlaku di Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang

“Bagaimanapun, di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pula diramal tiada hujan berlaku,” katanya.

Tambahnya, kawasan Tawau, Sandakan dan Kudat, Kuching, Serian, Samarahan dan Sri Aman juga diramal cuaca cerah malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI