fbpx

Speedy Tigers terima padah digugurkan RTG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD hoki lelaki negara masih berpeluang kembali dalam program RTG jika melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024. - FARIZ RUSADIO

PETALING JAYA – Kegagalan skuad hoki lelaki negara pada Sukan Asia Hangzhou di China bulan lalu menyaksikan mereka tersingkir daripada terus berada dalam program Road to Gold (RTG).

Perkara itu diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada sidang akhbar pengumuman khas Jawatankuasa RTG di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebentar tadi.

“Pasukan hoki lelaki negara akan disingkirkan daripada program itu (RTG) selepas mereka gagal memenangi pingat emas Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China yng merupakan tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024. Kesannya kini mereka tercicir ke ranking ke-12 dunia,” katanya.

Bagaimanapun, peluang Speedy Tigers untuk kembali tersenarai dalam program RTG masih terbuka sekiranya anak-anak buah A. Arul Selvaraj itu berjaya melayakkan diri ke Olimpik Paris 2024.

Untuk itu, barisan pemain perlu memastikan mereka meraih tiket tersebut pada Kelayakan Olimpik yang akan berlangsung di dua venue iaitu Muscat, Oman dan Valencia, Sepanyol bermula 13 hingga 21 Januari 2024.

Nasib sama turut dialami dua beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai yang digugurkan daripada program RTG disebabkan prestasi tidak meyakinkan sepanjang tahun ini.

“Prestasi Kian Meng-Pei Jing sejak kelayakan Olimpik bermula Mei lalu menyaksikan mereka jatuh kepada posisi ke-23 senarai kelayakan Olimpik. Soon Huat-Shevon pula jatuh kepada posisi ke-17 pada senarai kelayakan Olimpik yang sama.

Sekiranya kedua pasangan ini mengubah nasib mereka sama ada menjadikannya sebagai beregu pasangan terbaik negara dalam kelompok lapan teratas, atau layak sebagai pasangan beregu Malaysia dengan kedudukan tertinggi dalam 16 teratas ranking Race To Paris, jawatankuasa akan menyemak keputusan semula mengenai kemasukan mereka,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI