fbpx

Harimau belang muncul di merata tempat di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar rakaman video memaparkan kehadiran harimau belang di kawasan Pos Kuala Mu, Sungai Siput yang tular di media sosial.

IPOH – Selain Kuala Mu di Sungai Siput, harimau belang turut didakwa berkeliaran di Kampung Sahom, Kampar.

Difahamkan, aduan mengenai kehadiran haiwan pemangsa di sekitar kawasan itu telah dimaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak pada 22 Oktober lalu.

Bahkan, siasatan di lokasi oleh Perhilitan mendapati aduan tersebut berasas dengan tindakan memasang perangkap akan dilakukan dalam masa terdekat.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff ketika dihubungi mengesahkan ada menerima aduan berkaitan kehadiran haiwan liar itu di kampungan berkenaan.

Menurut beliau, harimau belang itu kemungkinan tersesat ekoran habitat asalnya terletak berhampiran di Hutan Simpan Salu.

“Kawasan itu (Sahom) dekat dengan Hutan Simpan Salu, mungkin harimau tersebut terlajak mencari makan kerana babi hutan di kawasan itu berkurangan ekoran wabak demam babi Afrika (ASF).

“Kita pun ada pasang perangkap bagi menangkap harimau belang itu,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa rakaman video pengumuman oleh Pejabat Penerangan Daerah Kampar yang memaklumkan terdapat gangguan harimau belang di Kampung Sahom, Kampar. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI