fbpx

Representasi kes Sharnaaz cederakan jaga diteliti, keputusan 17 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharnaaz (tengah) bersama peguamnya ketika hadir di Mahkamah Majistret hari ini.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 17 November ini bagi mengetahui status representasi pelakon Sharnaaz Ahmad untuk menggugurkan pertuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium, tahun lalu.

Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin Akbal memaklumkan reprsentasi yang dihantar pada 2 Mei lalu itu masih diteliti oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

Sejurus selepas dimaklumkan perkara itu daripada pihak pendakwaan, Majistret Atiqah kemudian mencadangkan supaya satu lagi tarikh lanjutan bagi status representasi tersebut.

Mendengar perkara itu, peguam Mohamed Baharuden Mohamed Ariff yang mewakili Sharnaaz tidak membantah sekiranya satu tarikh lain ditetapkan bagi keputusan status representasi tersebut.

Sebelum ini, pihak pembelaan Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 38, memaklumkan antara kandungan representasi itu ialah agar pertuduhan digugurkan.

Sementara itu seorang lagi peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid yang mewakili selebriti itu ketika ditemui diluar berkata representasi tersebut dibuat kerana difahamkan satu laporan polis tarik balik kes telah dibuat.

“Atas landasan (sebab) itu, pihak pembelaan memohon agar kes ini (pertuduhan) diselesaikan dengan cepat. Jadi pihak kami harap ada keputusan pada 17 November ini,” kata peguam.

Mengikut pertuduhan pelakon drama “Suamiku Encik Sotong” itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki berusia 27 tahun di kawasan lif pintu masuk sebuah blok kondominium di Jalan Dutamas di sini pukul 8.30 malam pada 16 Jun 2022.

Berikutan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tahun lalu media melaporkan, seorang pelakon lelaki berusia 30-an direman selepas disyaki menumbuk dan menendang seorang penghuni kondominium di Segambut, di sini pada Jun tahun lalu.

Pelakon yang mendiami kondominium sama dilaporkan menumbuk dan menendang mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan selepas rakan mangsa yang hendak menghantar minyak masak dilarang memasuki kawasan kondominium berkenaan oleh pengawal keselamatan.

Kejadian dipercayai berlaku selepas berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dengan pengawal keselamatan sebelum pelakon terbabit datang secara tiba-tiba dan memukul mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI