fbpx

Lelaki diberkas larikan kereta bersama enam murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian yang berlaku di Kundasang, Sabah petang tadi.

PETALING JAYA – Cubaan seorang lelaki melarikan sebuah kereta dinaiki enam murid gagal apabila diberkas polis dalam kejadian di hadapan sebuah kedai runcit di Kampung Pinousuk, Kundasang, Sabah petang tadi.

Kejadian didakwa berlaku kira-kira pukul 5 petang tadi dan suspek berjaya diberkas anggota unit kereta peronda polis (MPV) Balai Polis Kundasang dengan bantuan orang ramai.

Video kejadian itu turut tular di media sosial yang memaparkan suspek diberkas polis dan orang ramai sambil kedengaran suara kanak-kanak yang menangis.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung seorang lelaki yang melarikan kereta Proton Persona.

Ketika melarikan kereta tersebut, lelaki itu tidak perasan dan turut membawa enam murid di dalam kenderaan berkenaan.

“Bagaimanapun, suspek diberkas dan polis turut menerima maklumat mengenai video tangkapan pihak polis ke atas suspek yang tular di media sosial.

“Polis sedang menjalankan siasatan untuk memastikan tindakan dari sudut perundangan dilaksanakan,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI