fbpx

Selangor, Pulau Pinang capai 90 peratus penembusan bayaran digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), Rashidah Mohd. Sies (tengah) bergambar bersama wakil penerima cek selepas merasmikan penutup Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Cashless Boleh 3.0 di Kementerian Kewangan hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang berjaya mencapai 90 peratus penembusan pembayaran digital sehingga Oktober, seterusnya dilihat menggalakkan pembayaran tanpa tunai dalam usaha untuk mengurangkan ketirisan.

Pengarah Kanan Bahagian Digitalisasi Kerajaan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), Firdaus Ghani berkata, pencapaian itu merupakan hasil kerjasama dengan pengurusan tertinggi kerajaan negeri yang menggalakkan pembayaran tanpa tunai.

“Selangor dan Pulau Pinang sekarang sudah 90 peratus, negeri lain macam Perlis mereka sudah capai dalam 60 peratus, Kedah pula kira-kira 80 peratus, sementara Perak masih belum dapat jumlahnya, tetapi kita percaya ia sekitar 49 peratus.

“Johor juga menunjukkan (prestasi) yang baik iaitu melebihi 50 peratus. Bagi Sabah dan Sarawak pula kita masih berusaha untuk dapatkan transaksi mereka.

“Apa yang kita lihat, sebagai contoh, Menteri Besar Selangor memang ‘push’ untuk pembayaran tanpa tunai, mereka ada buat program dan turun padang setiap bulan, manakala Kedah pula tekankan penggunaan ‘cashless’ untuk elak ketirisan dan tingkatkan hasil kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah kempen ‘Cashless Boleh 3.0’ di Auditorium Kementerian Kewangan (MOF) hari ini.

Kempen siri ketiga itu merupakan susulan daripada dua kempen ‘Cashless Boleh’ kebangsaan sebelum ini yang berlangsung selama tempoh enam bulan bertujuan memupuk kesedaran dan menggalakkan tabiat e-pembayaran atau pun tanpa tunai di kalangan orang awam.

Selain itu, kempen tersebut turut membantu migrasi agensi kerajaan Persekutuan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) ke arah mencapai kutipan pembayaran 100 peratus tanpa tunai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI