fbpx

Dewan Rakyat: Isu projek perumahan terbengkalai fokus utama hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Isu berkenaan projek perumahan terbengkalai, Laporan Ketua Audit Negara dan satelit milik negara antara perkara yang akan dibangkit pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Berdasarkan aturan mesyuarat, R.Yuneswaran (PH-Segamat ] meminta kerajaan menyatakan strategi untuk menjejak projek- projek perumahan swasta yang berstatus lewat, sakit dan terbengkalai.

Datuk Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) pula meminta kerajaan menyatakan tindakan dalam menyelesaikan banyak projek-projek perumahan tergendala di mana pembeli masih meneruskan pembayaran sedangkan projek sudah berhenti.

Soalan berkenaan ketirisan meliputi kehilangan wang awam serta pembaziran yang serius berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2020 dan 2021 pula akan dibangkitkan oleh Wong Kah Woh (PH-Taiping).

Sementara itu, Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) meminta kerajaan menyatakan usaha meluaskan penggunaan perkhidmatan internet dengan melancarkan satelit milik negara supaya tidak perlu bergantung kepada pihak lain.

Zulkifli Ismail (PN-Jasin) akan bertanya apakah kerajaan bersedia memberikan peranan lebih besar kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyekat kemasukan artis barat yang
membawa unsur LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender).

Hassan Saad (PN-Baling) mahu tahu tentang usaha kerajaan dalam mengawal harga barang seperti gula, beras dan barang-barang asas lain yang kini banyak membebankan rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI