fbpx

Liga Super: Perak kenduri gol belasah Kelantan 8-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Perak Fc, Seo Seonung (kiri) diasak pemain Kelantan FC, Muhammad Irfan Haikal Mohd Iffendi (kanan) dalam perlawanan Liga Super Malaysia 2023 antara Perak Fc dengan Kelantan FC di Stadium Perak, Ipoh hari ini. Foto olwh ZULFACHRI ZULKIFLI/KOSMO!

IPOH – Perak berpesta gol apabila membelasah Kelantan The Red Warriors (TRW) 8-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, di sini, sebentar tadi.

Kira-kira 3,000 penyokong tuan rumah sudah pasti kepuasan melihat jaringan besar pemain The Bos Gaurus buat pertama kali.

Tuah dengan corak kemas mendahului 5-0 di separuh pertama selepas Luka Milunovic mula meruntuhi kubu pelawat di minit ke-13.

Malah perlawanan ini ibarat latihan buat skuad Bos Gaurus yang menguasai persaingan setiap penjuru.

Jika sebelum ini Perak sukar menjaringkan gol tetapi malam ini anak buah Yusri Che Lah begitu berselera.

Luka Milunovic menyumbang hatrik manakala Seo Seonung (dua) sementara Wan Zack Haikal, A Shivan Pillai dan Luciano Guaycochea masing-masing satu.

Dengan kemenangan ini Perak mengutip 22 mata melonjak ke kedudukan ke-9 memintas Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Kedudukan ini bagaimanapun belum menjamin Perak kekal dalam Liga Super 2024 kerana masih mempunyai tiga perlawanan.

Perak akan bertemu tiga pasukan handalan iaitu Selangor, Sabah dan Terengganu . – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI