fbpx

Pengantin tayang barang kemas RM2.06 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANG (dua dari kiri) berkahwin dengan Minh (tiga dari kiri) di sebuah hotel mewah di Ho Chi Minh, Isnin lalu. - Foto Facebook/Thanh Hang

BANDAR RAYA HO CHI MINH – Supermodel terkenal Vietnam, Thanh Hang memakai dua set barangan kemas jenama Itali, Bulgari berharga AS$433,000 (RM2.06 juta) pada majlis perkahwinannya dengan konduktor orkestra, Tran Nhat Minh, lapor portal berita VNExpress.

Model wanita itu juga memakai gaun satin minimalis klasik nukilan pereka fesyen terkenal Vietnam, Cong Tri bersama aksesori mewah lain seperti rantai, gelang, cincin dan anting-anting daripada koleksi jenama Serpenti Viper.

Nilai keseluruhan set itu ialah AS$237,000 (RM1.13 juta) berdasarkan  harga yang disenaraikan di laman web rasmi jenama itu.

Hang, 40, pernah menjadi Ratu Cantik Foto Vietnam pada 2002 sebelum memulakan kerjaya sebagai model profesional.

Suaminya, Minh, 42, berkelulusan ijazah sarjana dari  Russia dan kini bekerja dengan Orkestra Simfoni Balet di Bandar Raya Ho Chi Minh.

Pasangan itu bertunang pada Ogos lalu. 

Mereka mengadakan majlis perkahwinan di sebuah hotel mewah di Bandar Raya Ho Chi Minh pada Isnin lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI