fbpx

[VIDEO] Konflik Palestin-Israel: ‘Tak perlu bantuan makanan, hanya selamatkan kanak-kanak Palestin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rayuan lelaki Palestin yang mahukan kanak-kanal di sana diselamatkan dari menjadi mangsa serangan tentera Israel.

PETALING JAYA – “Kami tak perlukan makanan, tak perlu bantuan minuman, cuma tolong selamatkan kanak-kanak di bumi Gaza ini.”

Itulah antara rayuan penduduk Palestin yang mahukan pihak berwajib dan orang ramai membantu menyelamatkan kanak-kanak di Gaza daripada terus menjadi mangsa kekejaman tentera Israel.

Menerusi perkongsian pengguna TikTok @hazlayyin malam tadi, sebuah rakaman memaparkan rayuan seorang lelaki Palestin yang mahukan perlindungan sewajarnya buat kanak-kanak di sana.

Kata lelaki itu, peperangan di antara Palestin dan Israel perlu dihentikan segera demi menyelamatkan nyawa kanak-kanak yang ada.

Lebih menyayat hati, apabila lelaki tersebut secara tiba-tiba pengsan selepas menyuarakan perjuangannya kepada para media di sana.

Dia kelihatan sangat letih dan lemah, namun masih mahu memastikan keselamatan anak-anak kecil Palestin dilindungi daripada serangan tentera Israel.

Kelmarin, jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf Al-Qedra memberitahu, bilangan syuhada’ Palestin yang terkorban telah meningkat kepada 5,087 orang, termasuk 2,055 kanak-kanak, 1,119 wanita, dan 217 warga emas, selain daripada 15,273 penduduk lain cedera. – KOSMO! ONLINE

@hazlayyin #freepalestine🇵🇸 #savepalestine🇵🇸 ♬ Atouna El Toufoule – Embun Senja

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI