fbpx

TPM bangga kejayaan Chuanglee di London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (dua dari kiri) ketika melawat ChuangLee Cash and Carry milik rakyat Malaysia di London.

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bangga melihat kejayaan rakyat Malaysia dalam sektor perniagaan pemborongan dan peruncitan di United Kingdom (UK).

Menurut Ahmad Zahid, beliau yang dalam lawatan kerja empat hari ke UK berpeluang mengadakan lawatan ke ChuangLee Cash and Carry milik rakyat Malaysia di London.

“Chuanglee merupakan rakan kongsi pilihan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) semasa pelaksanaan Malaysia Kitchen Programme (2010-2016)

“Chuanglee bertanggungjawab memperkenalkan produk daripada pelbagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia untuk promosi di lokasi ikonik UK seperti Trafalgar Square, Selfridges, dan pasar raya utama seperti Tesco, Asda, dan Sainsbury’s.

“Chuanglee juga bersama Matrade telah bersama-sama menganjurkan seminar percuma mengenai “How to Do Business with the UK and Understanding Rules and Regulations” untuk syarikat Malaysia yang menyasarkan UK dan EU untuk eksport mereka,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, dalam lawatan itu beliau turut menekankan supaya lebih banyak produk usahawan desa Malaysia di bawa ke Chuanglee dan seterusnya dikenali di peringkat antarabangsa.

Tambahnya, beliau yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan telah memberitahu ChuangLee agar dapat mengambil lebih banyak produk usahawan tempatan.

“Khususnya yang bercirikan produk halal untuk berada di gudang Chuanglee dan diedarkan di seluruh rangkaian di UK. Usahawan Malaysia perlu merebut peluang ini dan terbang ke seluruh dunia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI