fbpx

Pesara guru wanita rugi RM199,500 diperdaya ‘pegawai polis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang pesara guru berputih mata apabila wang simpanan termasuk wang pencen sebanyak RM199,500 lesap selepas dia menjadi mangsa sindiket penipuan melalui panggilan telefon yang menyamar sebagai pegawai polis dan pihak penghantar barang.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula pada 1 September lalu selepas mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 61 tahun menerima panggilan telefon daripada suspek.

“Suspek yang menyamar sebagai pekerja syarikat penghantar barang menyatakan mangsa terlibat dalam penghantaran barang terlarang.

“Suspek telah menyambungkan panggilan kepada individu yang menyamar sebagai pegawai polis dan suspek menyatakan bahawa dana mangsa telah disita serta disalurkan kepada pegawai penyiasat Bank Negara,”katanya di sini hari ini.

Tambahnya, mangsa kemudiannya telah memindahkan wang ke dalam akaun ‘Pegawai Penyiasat Bank Negara’ yang telah diberikan oleh suspek.

Katanya, mangsa telah membuat lapan transaksi pemindahan wang ke dalam enam akaun berbeza sehingga mengalami kerugian sebanyak Rm 199,500.

“Pihak Polis Kontinjen Pahang menasihatkan orang ramai yang menerima panggila meragukan untuk segera membuat semakan dengan pihak Polis atau agensi kerajaan berkenaan bagi mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan.

“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima di pautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,”ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI