fbpx

Penjaga, sukarelawan ditahan dera, amang seksual kanak-kanak yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG JAYA – Dua individu merupakan penjaga dan sukarelawan sebuah pusat jagaan kanak-kanak, di Lembah Jaya Selatan, di sini, ditahan polis disyaki terlibat kes dera dan amang seksual.

Tangkapan yang dilakukan kira-kira pukul 5 petang semalam di Jalan Sri Kemuning, Lembah Jaya Selatan, di sini, membabitkan seorang lelaki warga asing dan seorang lelaki warga tempatan berusia 27 tahun.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima dua laporan berbeza kira-kira pukul 1.36 petang semalam berkaitan dua kanak-kanak yatim didakwa didera.

Ujarnya, pada Ahad lepas kira-kira pukul 4 petang, mangsa pertama berusia 14 tahun dimarahi oleh suspek warga asing yang merupakan penjaga pusat jagaan tersebut.

“Suspek kemudiannya bertindak menampar pipi dan memukul mangsa menggunakan kayu di peha. Mangsa berkata punca dipukul adalah disebabkan bermain telefon di dalam bilik.

“Pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Ampang mendapati mangsa mengalami lebam di tepi sehingga belakang paha dan betis kiri serta kesan bengkak di pipi kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi kes kedua, Mohd. Azam berkata, mangsa berusia 13 tahun didakwa ditarik oleh seorang lelaki yang juga penjaga sukarelawan pada pukul 1 pagi, Jumaat lalu.

Katanya, ketika berada di bilik butik, suspek mencabul dan cuba merogol mangsa sebelum perbuatannya terhalang apabila rakan kanak-kanak itu masuk.

“Semakan rekod mendapati hanya suspek kes kedua mempunyai satu rekod jenayah lampau.

“Permohonan reman ke atas kedua-dua suspek dibenarkan oleh Majistret Ampang selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 02 November depan,” katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 31(1)(a) akta kanak-kanak 2001 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI