fbpx

EPL: Everton getir hitung nasib sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EVERTON berdepan pemotongan 12 mata oleh EPL sekiranya didapati bersalah melanggar FFP. - AFP

LONDON – Liga Perdana Inggeris (EPL) dilaporkan mahu Everton dikenakan pemotongan mata yang besar sekiranya didapati bersalah melanggar Peraturan Kewangan Adil (FFP).

Laporan minggu lalu mendedahkan, Everton menghadapi proses perbicaraan berhubung dakwaan tersebut dan ia dilakukan secara sulit, namun pihak berkenaan dilaporkan bakal membuat keputusan dalam masa terdekat sama ada kelab itu bersalah atau sebaliknya.

Everton juga dijangka mengemukakan laporan mengenai kedudukan kewangan semasa dalam tempoh beberapa hari lagi dan Liga Perdana dilaporkan sudah menyiapkan hukuman untuk kelab itu jika mereka didapati bersalah.

Mereka mahu The Toffees dikenakan hukuman setimpal ekoran perbuatan yang dilakukan dan mencadangkan pemotongan sehingga 12 mata buat pasukan itu.

Skuad kendalian Sean Dyche ketika ini berada di kedudukan ke-16 EPL ketika ini selepas mengumpul hanya tujuh mata daripada sembilan perlawanan.

Sekiranya didapati bersalah dan dikenakan pemotongan 12 mata berkenaan, ia bermakna Everton terpaksa berdepan tugas sukar untuk mengekalkan kedudukan dalam saingan utama apabila perlu bermula dengan negatif lima mata untuk bagi 29 perlawanan musim ini.

Everton berdepan dakwaan berkenaan pada Mac lalu apabila mereka mendedahkan mengalami kerugian sehingga £372 juta (RM2.15 bilion) untuk tempoh tiga tahun ketika had yang diletakkan adalah £105 juta (RM607 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI