fbpx

Tubuh jawatankuasa khas pelihara patin Temerloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HIDANGAN ikan patin tempoyak terkenal sebagai satu tarikan pelancongan di Pahang.

TEMERLOH – Satu jawatan kuasa khas perlu ditubuhkan segera bagi menjaga dan memelihara industri patin Temerloh yang menjadi teras utama kepada industri pelancongan dan pembangunan ekonomi daerah itu.

Penyelaras Parlimen Temerloh, Datuk Ridzuan Hazimin Ramli berkata, jawatankuasa khas yang akan menjadi badan bertindak dan pemantau industri patin itu perlu dianggotai semua jabatan terlibat seperti Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) dan Jabatan Kesihatan, Jabatan Perikanan dan lain-lain lagi yang berkaitan.

“Cadangan saya supaya kita adakan pasukan bertindak secara bersepadu bagi menjaga industri patin secara umum dan juga industri atau pun juadah masakan patin ini secara khusus.

“Saya harap dapat ditubuhkan dan mungkin MPT sebagai sekreteriat jawatankuasa khas ini dan saya percaya kalau langkah yang betul diambil, industri patin dan juadah masakan patin boleh berkembang maju, boleh berkekalan dan Temerloh ini akan lebih dikenali sebagai satu pusat pelancongan gastro tourism,” katanya di sini semalam.

Kosmo! baru-baru ini me­laporkan keterujaan pelanggan menikmati ikan patin di beberapa buah kedai makan di Temerloh terbantut selepas disajikan ikan patin busuk.

Susulan itu juga MPT telah melakukan pemeriksaan ke kedai masakan patin dan mengenalpasti salah sebuah premis yang didakwa terlibat turut tidak mempunyai lesen perniagaan.

Berdasarkan laporan awal pemeriksaan juga mendapati antara punca masakan patin berbau busuk adalah disebabkan penyimpanan yang tidak sempurna termasuk tahap sejuk beku yang tidak mencukupi selain masalah kualiti tempoyak yang digunakan.

Menurut Ridzuan Hazimin pihak kerajaan negeri memandang serius isu kualiti juadah ikan patin Temerloh yang perlu diberikan perhatian dan keutamaan semua pihak.

Katanya, ini kerana ikan patin merupakan tarikan pelancongan terbesar di Temerloh yang menyaksikan kehadiran orang ramai ke daerah itu adalah bagi menikmati juadah ikan air tawar berkenaan.

Justeru katanya, satu tindakan proaktif perlu dilakukan bagi memastikan industri patin di daerah ini dijaga dari segenap aspak termasuk kualiti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI