fbpx

Beri maklumat, nama kedai masak ikan patin busuk – Sim Chon Siang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TEMERLOH – Pengguna diminta menyalurkan maklumat mengenai isu masakan ikan patin yang didakwa busuk kepada pihak berkuasa berkaitan termasuk penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk tindakan lanjut.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang, Sim Chon Siang berkata, pihaknya memandang serius isu berkenaan yang melibatkan kepentingan pengguna.

“Saya minta individu terbabit dapat memberikan maklumat termasuk nama kedai makan terlibat kepada pihak berkuasa termasuk KPDN.

“KPDN akan turun dan jika ia berkaitan kuasa Jabatan Kesihatan ia akan dilihat pihak berkenaan,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, dalam isu itu siasatan terperinci perlu dilakukan bagi mengenalpasti punca ikan berkenaan busuk termasuk dari segi pembekal, penyimpanan dan sebagainya.

Hari ini Kosmo! melaporkan keterujaan beberapa pelanggan untuk menikmati ikan patin bertukar menjadi mimpi ngeri apabila hidangan itu didakwa berbau busuk seperti bangkai dalam kejadian di sebuah kedai makan di sini baru-baru ini.

Lebih mengecewakan apabila aduan yang dibuat kepada peniaga kedai makan terbabit tidak diendahkan, malah ganti rugi juga tidak diberikan.

Pelanggan dikenali sebagai Hisham,45, berkata dia yang sering berulang alik ke Temerloh atas urusan kerja telah dua kali termakan masakan ikan patin berbau busuk.

Seorang lagi pelanggan dari Kuantan dikenali Ellies Ezailin berkata dia yang mengidam makan pais ikan patin di Temerloh juga amat terkilan apabila juadah yang dimakannya Ahad lalu berbau busuk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI