fbpx

Kedai ikan patin busuk bongkar operasi tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TEMERLOH – Sebuah kedai makan yang telah diperiksa kerana didakwa terlibat dalam isu masakan patin busuk di daerah ini didapati turut tidak mempunyai lesen perniagaan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Suris Mahat berkata, dalam operasi dilakukan sehingga semalam, sebuah kedai didapati tidak mempunyai lesen yang sah serta tidak pernah membuat permohonan lesen.

“Jadi kita telah minta mereka ini datang untuk kita bantu membuat permohonan lesen dan mereka memberi respons yang proaktif bersetuju untuk mengambil lesen.

“Dari segi pemilik kedai makan dan pekerja mereka perlu mengambil kad kesihatan atau kad pengendali makanan,” katanya pada sidang akhbar pada Majlis Perasmian Wakaf Istirehat Penghantar Makanan yang dirasmikan Penyeleras Parlimen Temerloh, Datuk Ridzuan Hazimin Ramli di sini semalam.

Kelmarin Kosmo! melaporkan keterujaan beberapa pelanggan untuk menikmati ikan patin bertukar menjadi mimpi ngeri apabila hidangan itu didakwa berbau busuk seperti bangkai dalam kejadian di sebuah kedai makan di sini baru-baru ini.

Lebih mengecewakan apabila aduan yang dibuat kepada peniaga kedai makan terbabit tidak diendahkan, malah ganti rugi juga tidak diberikan.

Dalam pada itu beliau berkata, berdasarkan laporan awal mendapati antara punca masakan patin berbau busuk adalah disebabkan penyimpanan yang tidak sempurna termasuk tahap sejuk beku yang tidak mencukupi.

Selain itu katanya, kejadian juga berkemungkinan disebabkan kualiti tempoyak yang digunakan dalam masakan juadah ikan patin berkenaan.

“Kadang-kadang bukan semua tempoyak yang asli jadi, ada yang bercampur dengan bahan-bahan lain.

“Dalam hal ini, kita nasihatkan peniaga menjaga kualiti masakan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI