fbpx

Malaysia tunggu keputusan PBB keperluan tentera pengaman ke Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad menyempurnakan pemakaian pingat kepada salah seorang daripada 536 individu sempena Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) di Dewan Majestic, di sini, hari ini. FOTO/ NOR AINNA HAMZAH

PORT DICKSON – Malaysia akan mengambil sikap dan pendirian tunggu dan lihat dengan keputusan pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung penghantaran tentera pengaman ke Palestin.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, negara tidak akan membuat keputusan tergesa-gesa dan apa juga keputusan diambil PBB nanti akan dipertimbangkan khususnya oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Kita sudah ada lebih 800 orang anggota tentera di Lubnan, kita ada juga beberapa pegawai yang masih lagi bertugas di Somalia ataupun di negara-negara Afrika tapi tidak seramai apa yang ada di Lubnan.

“Jadi sebagai negara yang menyertai PBB, kita akan tunggu dan lihat apa keputusan PBB dan di situ nanti kita akan menilai sama ada perlu ke Malaysia menyertai tentera pengaman ini ataupun tidak, kita tidak akan secara tergesa-gesa menghantar pasukan tentera kita di sana,” katanya selepas Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) di sini, hari ini.

Mohamad menjawab pertanyaan pemberita mengenai persoalan masyarakat berkenaan mengapakah Malaysia tidak menghantar bantuan ketenteraan ke Gaza, Palestin yang berdepan serangan bom Israel.

Sementara itu, Mohamad ketika berucap memberitahu, secara dasarnya akan berlaku pertukaran pasukan kontinjen Batalion Malaysia (Malbatt) 850-10 yang menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unifil) di Lubnan bermula secara berperingkat sejak 2 Oktober lalu.

“Saya akan beritahu Kabinet bahawa akan meneruskan pertukaran anggota ini di Lubnan. Jika ada perkara yang berlaku selepas ini, kita akan buat keputusan berlainan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI