fbpx

[VIDEO] Jambatan kaca pecah ragut nyawa pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa lelaki cuba menyelamatkan pelancong yang berpaut selepas jambatan kaca itu pecah. - Instagram

JAKARTA, Indonesia – Jambatan kaca The Geong di Hutan Pinus Limpakuwus, daerah Banyumas pecah, menyebabkan dua pelancong terjatuh dan salah seorang daripada mereka terbunuh, lapor laman berita Suara.com.

Pelancong wanita dikenali sebagai AI, 41, itu mengalami kecederaan, manakala seorang lagi mangsa, FA, 49, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Ketua Polis Banyumas, Edy Suranta Sitepu berkata, kedua-dua mereka menggunakan jambatan itu sekitar pukul 10 pagi (waktu tempatan) semalam.

Ketika kejadian, empat pelancong dalam kumpulan itu terjatuh kerana terdapat kepingan kaca yang pecah apabila dipijak.

“Apabila kaca pecah, dua mangsa berjaya berpegang dan menyelamatkan diri, manakala dua daripada mereka terjatuh,” kata Edy.

Polis kini masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu dengan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) diambil bagi membantu siasatan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI