fbpx

Polis Pahang lupus pelbagai jenis dadah bernilai RM4.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YAHAYA (tengah) menunjukkan pelbagai jenis dadah yang akan dilupuskan di pekarangan IPK Pahang di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Polis Pahang melupuskan pelbagai jenis dadah termasuk air dan daun ketum dianggarkan bernilai kira-kira RM4.5 juta yang dirampas dalam tempoh 15 tahun dari 2008 sehingga kini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kesemua dadah berkenaan dilupuskan setelah mendapat perintah mahkamah selepas prosiding mahkama selesai dan tempoh rayuan bagi hukumandikenakan kepada pesalah kes terbabit telah tamat.

“Antara jenis dadah yang dilupuskan termasuk heroin seberat 707.55 gram, methamphetamine seberat 6,114.14 gram, kanabis seberat 1,377.52 gram, ketamin seberat 36.14 gram, nimetazepam seberat 3.6 gram, yaba seberat 210.32 gram dan ekstasi seberat 8.03 gram.

“Turut dilupuskan 5,853.04 liter air ketum, daun ketum seberat 393,090.71 gram, kodein sebanyak 1.28 liter dan pil psikotropik seberat 4.80 gram.

“Terdapat juga lain-lain jenis dadah yang turut dilupuskan seperti mannitol, methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dan erizolam masing-masing sebanyak 15.49 liter dan 6,501.81 gram,”katanya dalam sidang akhbar di pekarangan Ibu Pejabat polis Kontinjen Pahang, di sini, hari ini.

Yahaya memberitahu, pelupusan akan dilaksanakan pada esok oleh kontraktor bertauliah dan profesional iaitu Syarikat Kualiti Alam Sdn. Bhd. di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan.

Sementara itu Yahaya berkata, dalam tempoh 1 Oktober sehingga 23 Oktober, Jabatan Sisatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang telah melaksanakan 970 tangkapan dengan 876 kes daripada 615 operasi.

“Pihak JSJN Pahang akan mempelbagaikan usaha dan operasi dari semasa ke semasa untuk melumpuhkan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di seluruh negeri Pahang.

“Pihak JSJN dan lain-lain pasukan dalam Kontinjen Pahang akan menggiatkan lagi tindakan dan operasi terutama di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti bagi memastikan kegiatan dadah di negeri ini tidak bermaharajalela,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI