fbpx

Penyokong Manchester United berdebat gara-gara pengadil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGADIL didakwa terlalu muak menyaksikan United bermain sehingga beliau tidak membenarkan mereka beraksi cukup masa 45 minit sebelum meniup wisel pada separuh masa.

MANCHESTER – Para penyokong Manchester United secara beramai-ramai berdebat di laman media sosial selepas tindakan pengadil dari Itali, Marco Guida menamatkan separuh masa pertama perlawanan menentang FC Copenhagen lebih awal daripada kebiasaan.

United menentang Copenhagen dalam pertembungan Liga Juara-Juara yang wajib menang susulan Red Devils tewas dalam dua perlawanan awal kumpulan menentang Bayern Munich dan Galatasaray.

Bagaimanapun, pada aksi di Old Trafford itu, pengadil tiba-tiba menamatkan separuh masa pertama ketika waktu hanya menunjukkan 44 minit dan 43 saat hingga menyebabkan para penonton dalam stadium kebingungan.

Ia berlaku selepas permainan pada separuh masa pertama yang dilihat agak tidak memberangsangkan dengan waktu rehat disambut sedikit ejekan daripada penyokong United, malah peminat pantas menggunakan isu itu sebagai peluang untuk mengejek pasukan kendalian Erik ten Hag.

Seorang peminat memberitahu, pengadil terlalu muak menyaksikan United bermain sehingga beliau tidak membenarkan mereka beraksi cukup masa 45 minit sebelum meniup wisel pada separuh masa.

Sementara itu, seorang lagi penyokong menambah, pengadil meniup wisel 15 saat lebih awal kerana membantu semua orang di stadium keluar daripada kesengsaraan mereka menyaksikan perlawanan dan penyokong lain berkata, malah pengadil juga tidak sanggup bertahan.

Seorang lagi peminat membalas dengan mendakwa pengadil itu sendiri sudah cukup menyampah sebelum penyokong lain menambah, beliau (pengadil) telah menyelamatkan kami semua.

Susulan kejadian yang tidak pernah berlaku sebelum ini terutamanya melibatkan masa tambahan, seorang penyokong berkata, pengadil itu bosan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI