fbpx

Nasihat Rafizi rehat sepenuhnya sebelum kembali bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin bercakap kepada pemberita pada Majlis Sambutan Jubli Intan JPN di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF UZIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – “Saya nasihatkan beliau (Rafizi) supaya rehat sepenuhnya sebelum kembali bekerja,” itu nasihat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Saifuddin berkata, beliau tidak sempat lagi bercakap dan melawat Rafizi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) buat masa ini kerana pelawat tidak dibenarkan melawat.

Menurutnya, Ahli Parlimen Pandan itu masih dirawat di PPUM selepas selamat menjalani prosedur ‘stent’ jantung.

“Menerusi sumber terdekat, Rafizi selamat menjalani pembedahan dan sekarang beliau tengah berehat. Mengenali Rafizi, beliau seorang yang degil dan jika diberi rehat dua minggu, dia mungkin akan ambil seminggu sahaja.

“Sebab beliau (Rafizi) seorang yang kuat bekerja. Jika saya berpeluang cakap dengannya sehari dua ini, saya akan nasihatkan dia supaya pulih sepenuhnya sebelum kembali bekerja.

“Ketika ini, beliau memikul tugas yang berat di Kementerian Ekonomi terutama daripada segi melengkapkan data mengenai pelaksanaan penyasaran subsidi,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Sambutan Jubli Intan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), di sini hari ini.

Katanya, beliau mengenali Rafizi sebagai seorang yang sangat ‘perfectionist’ selain akan berusaha melengkapkan tugasan apabila tiba masanya.

Media sebelum ini melaporkan, keadaan kesihatan Rafizi semakin baik selepas mengalami masalah jantung minggu lalu dan kini dirawat di PPUM.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dilaporkan berkata, Rafizi kini berada di bawah pengawasan doktor selepas menjalani pembedahan pintasan jantung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI