fbpx

Keluarga terkejut terima panggilan telefon daripada ‘mayat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Erbina menelefon ibunya untuk mengesahkan bahawa dia masih hidup. - Sanook

TEGUCIGALPA, Honduras – Majlis pengebumian seorang remaja dari Honduras bertukar gempar apabila seorang rakannya secara tiba-tiba menerima panggilan video daripada ‘si mati’, lapor laman berita Thaiger semalam.

‘Mayat’ Osman Adonay Erbina, 17, telah ditemui dengan beberapa kesan tembakan di kepala dan lehernya pada 15 Oktober lalu.

Namun, ketika majlis pengebumiannya diadakan, keluarganya terkejut selepas seorang rakan menunjukkan panggilan telefon daripada Erbina.

“Saya terkejut apabila rakan-rakan Erbina memberitahu bahawa dia menelefon. Saya sangkakan mereka bergurau,” kata ibunya, Vilma Fuentes.

Namun, debaran Fuentes akhirnya bertukar lega apabila Erbina memaklumkan bahawa dia masih hidup dan sihat serta berada di sempadan Guatemala-Mexico untuk pergi ke Amerika Syarikat.

“Saya di sini, di sempadan. Saya masih hidup, belum mati,” kata Erbina menerusi panggilan video tersebut.

Selepas laporan polis dibuat, pegawai yang tiba di lokasi pengebumian menjelaskan mangsa pembunuhan itu berkemungkinan seorang remaja bernama Jimmy Sarmiento, yang juga dilaporkan hilang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI