fbpx

Dewan Rakyat: Ahli Parlimen berborak ketika sesi bahas ditegur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMLI

KUALA LUMPUR – Beberapa Ahli Parlimen ditegur apabila didapati berbual-bual ketika sesi perbahasan sedang berlangsung di Dewan Rakyat, hari ini.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ramli Mohd Nor, bertindak membuat teguran berkenaan apabila ada dalam kalangan Ahli Parlimen berkenaan berbual-bual menggunakan telefon bimbit.

Sebelum itu, beliau turut membuat teguran sama kepada beberapa yang lain kerana berbual-bual sesama sendiri.

Beliau menekankan bahawa tindakan berkenaan sebagai tidak menghormati pihak lain, di mana ketika itu Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob sedang berbahas.

“Sampai sini saya boleh dengar. Kalau mustahak sangat, keluar lah. Kita hormat orang yang sedang bagi ucapan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI