fbpx

Dapat suami duda pun okey – Nadia Brian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADIA Brian tidak memilih soal jodoh namun meletakkan syarat bakal imamnya bukan suami orang.

PETALING JAYA – “Saya okey asalkan bukan suami orang.”

Demikian pendirian aktres Nadia Brian yang tidak menolak sekiranya bertemu jodoh sekali lagi dengan syarat jejaka tersebut bukan suami orang kerana enggan dicop perosak rumah tangga orang lain.

Menurut Nadia atau Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 32, selain bujang, dia terbuka untuk menerima lelaki yang pernah berkahwin dan memiliki cahaya mata.

“Sebagai wanita, saya letakkan kriteria untuk bernikah dengan lelaki yang memahami dan kalau boleh tidak mahu berstatus suami orang sebab tak nak jadi penyondol.

“Saya tidak memilih tetapi akan pastikan dia jelaskan dahulu status sama ada bujang atau suami orang. Saya tidak menolak sekiranya dia duda atau ada anak,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Tambahnya, dia juga enggan memberi harapan terlalu awal kepada mana-mana lelaki yang cuba mendekatinya sebaliknya memilih untuk mengenal hati budi terlebih dahulu.

“Kalau berkawan dengan lelaki, saya akan maklumkan yang kami sekadar berkawan sahaja, tak mahu terburu-buru.

“Saya pun tak mahu perkara yang berlaku dalam hubungan terdahulu berulang lagi.

“Apapun sekarang ini masih belum ada calon yang serius lagi,” jelasnya.

Menolak dakwaan hatinya sudah dimiliki, pelakon drama Kuasa itu berkata, jadual kerja yang terlalu padat antara faktor masih belum bertemu lelaki yang mampu menambat hatinya.

“Masih lagi mencari dan mungkin terlalu sibuk jadi sampai tak sempat nak bertemu janji atau berjumpa dengan mana-mana lelaki.

“Insya-Allah doakan saya bertemu jodoh yang baik selepas ini,” ujarnya.

Sebelum ini, Nadia pernah mendirikan rumah tangga dengan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 namun bercerai pada April 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI