fbpx

Konflik Palestin-Israel: Sofyank sindir media Israel cuba fitnah Hamas guna teknologi AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sofyank (kiri) manakala kanan, antara gambar pemimpin Hamas yang telah disunting menggunakan teknologi AI.

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial, Muhammad Sofian Abdullah atau Sofyank, menyindir cubaan media Israel untuk memfitnah pemimpin Hamas menerusi gambar-gambar yang disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menerusi platform X, beliau yang berbakat besar dalam bidang suntingan video kesan visual (VFX) berkata, kesan suntingan itu dengan jelas dapat dikesan.

Gambar-gambar yang disunting dan ditularkan itu menunjukkan pemimpin Hamas sedang bersantai dalam suasana mewah ketika rakyat Palestin sedang bergelut dengan peperangan.

“Tekstur muka lari terlalu jauh daripada yang sepatutnya, sampaikan ada yang hilang hidung.

“‘Cropping’ tak bersih, boleh touch lagi untuk buang strok putih kat kepala.

“Mungkin akan datang boleh guna gambar yang asli. Percubaan yang baik,” katanya.

Menurut sumber yang diperoleh juga katanya, gambar tersebut diambil pada tahun 2014, namun telah disunting kembali.

“Ini saya ada baca tadi, mereka gunakan gambar daripada hantaran tahun 2014 dan jana gunakan AI atau aplikasi ‘clear photo’ bagi dapatkan gambar yang lebih jelas untuk dijadikan bahan bualan, tapi gambar ni jadi makin teruk,” jelasnya.

Orang ramai tidak ketinggalan mengecam tindakan tidak bertanggungjawab itu, malah menganggap usaha tersebut sangat melucukan.

“Lagi pelik orang percaya benda ni asli. Tak kan tak reti beza AI dengan gambar asli punya,” kata Arakiara.

“Dia punya ‘crop’ bukan kaleng-kaleng punya buruk. Buruk betul,” komen Purplehud.

“Sampai juling-juling mata orang tu,” ujar seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI