fbpx

[VIDEO] Sufian Suhaimi sudah merisik Sayang?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Sufian Suhaimi dikatakan sudah menghantar romobongan merisik wanita yang dikenali sebagai Rania Al-Sadat

PETALING JAYA – Selepas kegagalan dalam hubungan pertama, penyanyi Sufian Suhaimi difahamkan menghantar rombongan merisik wanita pilihannya yang dipanggil ‘sayang’ dalam sebuah majlis tertutup semalam.

Berita tersebut dikongsikan seorang pengguna media sosial dalam TikTok yang menunjukkan video pendek sekitar hari bahagia penyanyi lagu Terasa Ada itu bersama wanita dikenali sebagai Rania Al-Sadat.

“Tahniah buat Sufian Suhaimi serta gadis pilihannya,” tulis pengguna sosial terbabit berserta tanda pagar merisik.

Rata-rata komen mengucapkan tahniah atas majlis penyatuan dua hati ini dan memuji kecantikan sosok wanita pilihan Sufian.

“Akhirnya, kebahagiaan untuk Sufian Suhaimi dan pasangannya. Semoga Allah permudahkan segalanya,” kata peminat.

“Alhamdulillah, cantik sangat tunang Sufian. Majlis pun dalam keadaan bersederhana,” ujar pengikut.

“Akhirnya, Sufian Suhaimi bertemu gadis yang benar-benar menjadi pilihan, alhamdulillah,” komen netizen.

Sebelum ini, penyanyi berusia 31 tahun itu mendedahkan sedang mengenali hati budi seseorang tanpa menyatakan identiti kekasihnya dengan lebih lanjut.

Dia juga kerap membawa individu dimaksudkan ke beberapa acara selain selesa bergaya sedondon termasuk ketika majlis perkahwinan penyanyi Aiman Tino.

Setakat ini, usaha Kosmo! Online mendapatkan pengesahan daripada pihak Sufian belum berhasil. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI