fbpx

Hidup mewah hasil edar 8.5kg syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Taufik Maidin (kiri) menunjukkan dadah jenis syabu seberat 8.5 kilogram yang ditemukan pada seorang lelaki dalam serbuan di Changlun ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di Jitra, hari ini.

JITRA – Gaya hidup mewah sepasang suami isteri yang juga pembantu kedai makan terbongkar apabila mereka diberkas polis dipercayai terlibat dalam pengedaran dadah.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah, Asisten Komisioner Mohd. Taufik Maidin, pihaknya menahan suspek lelaki berusia 28 tahun itu dalam serbuan di sebuah rumah di Changlun dekat sini pada 18 Oktober lalu.

“Hasil serbuan ke atas suspek menemukan lapan bungkusan plastik lutsinar berisi dadah disyaki syabu seberat 8.5 kilogram (kg) bernilai RM297,500 di dalam beg galasnya.

“Hasil soal siasat, kita menahan isterinya yang berusia 20 tahun di sebuah kedai makan di Changlun. Pasangan itu dipercayai terbabit dengan aktiviti ini sejak setahun lalu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di sini hari ini.

Ujian saringan urin ke atas pasnagan itu mendapati mereka positif methamphetamine.

“Suspek lelaki memiliki tiga rekod jenayah. Syabu seberat 8.5 kg tersebut sekiranya terlepas kep asaran boleh digunakan oleh seramai 18,000 penagih.

“Polis turut menyita sebuah kereta jenis Honda Civic bernilai RM150,000 dan barang kemas bernilai RM2,214. Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan adalah RM449,714,” katanya.

Kedua-dua suspek direman sehingga 25 Oktober ini untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI