fbpx

Lelaki tetak dua beranak dengan parang dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Polis giat menjejaki seorang suspek yang dipercayai melarikan diri selepas menetak dua beranak menggunakan parang dalam kejadian samun di Kampung Permatang Badak di sini malam semalam.

Dalam kejadian itu mangsa, Radzmah Awang, 71, hampir putus pergelangan tangan kiri dan cedera di bahagian kepala manakala anaknya, Ibrahim Shamsudin, 36, mengalami kecederaan di bahagian dahi, kepala, belakang badan dan tangan kiri.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.10 petang.

“Berdasarkan makluman pengadu, suspek merupakan bekas pekerja pengadu dan suspek dikatakan menggunakan parang panjang.

“Suspek kemudiannya berjaya melarikan diri menggunakan sebuah motosikal jenis Honda Dash,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pihak polis mengenalpasti suspek berusia 38 tahun itu dan usaha mengesannya sedang giat dilakukan.

Jelasnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan menggunakan senjata.

Sementara itu, beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau dalam tempoh tiga tahun.

“Suspek didapati mempunyai rekod jenayah berkaitan kes di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut mendatangkan kecederaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah rumah.

“Terdapat juga rekod-rekod lain termasuk kesalahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) ADB 1952,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI