fbpx
MANGSA meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 53, Jalan Tampin-Gemas berhampiran Felda Sungai Kelamah di Tampin kelmarin.

Isteri reda suami maut nahas di Tampin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Perbuatan si suami berkahwin dua yang mengundang rasa amarah seorang wanita bagaikan reda apabila lelaki itu meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 53, Jalan Tampin-Gemas berhampiran Felda Sungai Kelamah di sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 7.13 malam itu mengakibatkan Jamaludin Alias Isa, 45, meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Sharifah Shiek Aman, 45, berkata, dia reda dan sudah memaafkan arwah di atas segala yang berlaku dalam perhubu­ngan mereka sejak enam tahun lalu.

“Sebagai isteri, saya tak dapat terima apabila suami berkahwin dua apatah lagi dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kuari dengan pendapatan RM1,500.

“Bagaimanapun, dia tidak pernah mengabaikan keperluan enam orang anak kami berusia lima hingga 26 tahun. Dia seorang bapa yang baik kepada anak-anaknya,” katanya ketika ditemui di Hospital Tampin di sini semalam.

Menurut Sharifah, suaminya dalam perjalanan ke tempat kerja di Gemencheh dari rumah isteri keduanya yang bekerja sebagai tukang masak di Kem Syed Sirajuddin Gemas.

Tambahnya, arwah suaminya berkahwin dua sejak enam tahun lalu dan lelaki itu sepatutnya pulang ke rumahnya kerana gilirannya tiba hari ini.

“Kenderaan dipandu suami baru dibeli daripada kawan ke­rana Proton Iswara yang sering digunakan rosak. Dia sepatutnya menyelesaikan perkara itu hari ini (semalam),” katanya.

Ujar Sharifah, suaminya suka menyendiri serta tidak banyak bercakap kebelakangan ini dan berniat untuk meminta bantuan untuk empat anak-anak yang masih bersekolah.

“Dia seorang yang tenang dan sebagai isteri saya hanya ingin mengingati perkara yang baik tentangnya sepanjang membesarkan anak dan perasaan sa­yang padanya masih sama,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab. Wahab berkata, selain Jamaludin, kemalangan itu turut mengakibatkan anggota tentera, Sarjan Sofia Jamali, 32, maut.

“Kemalangan itu melibatkan dua buah kereta jenis Perodua Kancil dan Proton Iswara. Siasatan mendapati, kereta Pe­rodua Kancil dipandu Sofia yang dalam perjalanan dari Tampin ke Gemas telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung Proton Iswara dinaiki Jamaludin,” katanya.

Menurut Anuwal, sebuah kereta Perodua Kancil lain ­telah me­langgar belakang Proton Iswara.

Sehubungan itu, Anuwal meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keja­dian itu supaya menghubungi polis Tampin di talian 06-441 2502 atau 06-443 1999 bagi membantu siasatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN