fbpx

Gerakan mahu SPRM siasat isu penjualan tanah PDC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tong Keong.

GEORGE TOWN – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Pulau Pinang meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat isu penjualan tanah di Byram, Kawasan Perindustrian 2 Batu Kawan (BKIP2), Batu Kawan kepada syarikat UMECH Construction Sdn. Bhd. (UMECH).

Pengerusinya, Oh Tong Keong berkata, siasatan oleh SPRM itu juga merupakan cara terbaik untuk Ketua Menteri, Chow Kon Yeow membuktikan bahawa penjualan tanah itu dibuat secara telus.

“SPRM perlu menyiasat hal penjualan tanah ini, jika SPRM siasat dan hasil siasatan maklumkan tidak ada masalah maka Kon Yeow dapat bersihkan nama sendiri.

Rakyat mahu tahu apa yang sebenarnya berlaku disebalik penjualan tanah tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sebelum ini, pelbagai pihak mempersoalkan mengenai penjualan tanah seluas 223.6 hektar di Byram, Kawasan Perindustrian 2 Batu Kawan (BKIP2), Batu Kawan kepada syarikat UMECH Construction Sdn. Bhd. (UMECH).

Susulan itu, Lembaga Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) memutuskan untuk menamatkan perjanjian usaha sama dengan pihak UMECH Land Sdn. Bhd. dengan memberikan notis tiga bulan berdasarkan klausa 19 Perjanjian Usahama PDC-UMECH Land Sdn. Bhd.

Selain penamatan urusniaga, Kon Yeow juga bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden Kehormat Seumur Hidup Dewan Perniagaan Tionghua Pulau Pinang (PCCC), Tan Sri Tan Kok Ping atas kenyataan berhubung penjualan tanah itu yang didakwa mengaibkan dan menjatuhkan maruah Ketua Menteri.

Menurut Tong Keong, rakyat Pulau Pinang juga sebenarnya tidak mahu mengambil tahu konflik-konflik dalaman yang berlaku di dalam DAP berhubung isu penjualan tanah itu.

“Apa yang saya dan rakyat Pulau Pinang mahu tahu soal penjualan tanah ini, dahulu kerajaan negeri selalu kata mereka amalkan prinsip Cekap, Telus dan Amanah (CAT) .

“Jadi, adakah prinsip CAT ini masih diguna pakai dalam soal penjualan tanah ini atau sebaliknya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI