fbpx

Esei murid SSP Cyberjaya tewaskan 34,924 peserta seluruh dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar-gambar yang dikongsikan SSP Cyberjaya di laman Facebook rasminya, semalam.

PETALING JAYA – Seorang murid Sekolah Seri Puteri (SSP) Cyberjaya berjaya menewaskan 34,924 peserta dari seluruh dunia menerusi pertandingan The Queen’s Commonwealth Essay Competition 2023, baru-baru ini.

Kejayaan cemerlang Emilyn Ayra Khairul Hisham itu diumumkan menerusi Facebook rasmi sekolah berkenaan, semalam.

“Dimaklumkan bahawa Emilyn Ayra Khairul Hisham, murid 1R telah meraih Gold Finalist Award dalam pertandingan essay The Queen’s Commonwealth Essay Competition 2023.

“Beliau menang daripada penyertaan sebanyak 34,924 dari seluruh dunia. Pertandingan ini adalah anjuran The Royal Commonwealth Society. Alhamdulillah,” tulis hantaran tersebut.

Perkongsian berkenaan turut memaparkan karya murid berkenaan yang bertajuk ‘Teen Superheros: A New World if Youn Can Take It’.

Rata-rata orang ramai turut teruja dengan pencapaian Emilyn Ayra dan tidak putus-putus mengucapkan tahniah.

“Hebatnya anak didik SSP. Tahniah kepada ibu ayah yang sentiasa mendoakan anaknya,” ucap Shadah Ahmad.

“Bukan calang-calang ni, hebat,” kata Ella Jalil.

“Tahniah, turut berbangga,” ujar seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI