fbpx

Dua kapal pengangkut berdaftar di Monrovia ditahan bersauh secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPAL pengangkut berdaftar di Monrovia yang ditahan selepas disyaki bersauh secara haram di perairan Johor Timur di sini petang semalam.

KOTA TINGGI – Dua buah kapal pengangkut berdaftar di Monrovia ditahan selepas disyaki bersauh secara haram di perairan Johor Timur di sini petang semalam.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, kapal pengangkut pertama ditahan bot ronda Maritim Malaysia pada pukul 1 tengah hari di kedudukan 25.2 batu nautika timur laut Tanjung Siang.

Katanya manakala kapal pengangkut kedua pula berjaya ditahan pada kedudukan 22.8 batu nautika timur laut Tanjung Balau pada pukul 2.45 petang.

“Kedua-dua kapal pengangkut itu ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Tanjung Sedili kerana melakukan kesalahan bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur.

“Hasil siasatan juga mendapati kedua-dua nakhoda kapal terbabit telah gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh di perairan Malaysia ketika diperiksa.

“Oleh itu kes akan disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, penahanan kedua-dua kapal tersebut merupakan penahanan keenam bagi bulan ini yang menjadikan jumlah keseluruhan kapal ditahan sepanjang tahun 2023 sebanyak 71 buah kapal atas kesalahan yang sama iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia.

Katanya Maritim Malaysia amat serius dalam membanteras kapal-kapal yang bersauh secara haram dan akan terus mempergiatkan lagi usaha untuk mengekang aktiviti ini serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak demi kesejahteraan perairan negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI