fbpx

Alasan Messi layak terima Ballon d’Or

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI didakwa bakal menerima Anugerah Ballon d’Or buat kali kelapan dalam kariernya pada edisi kali ini sekali gus menewaskan Haaland. - AFP

PARIS – Perjalanan karier Lionel Messi sepanjang 2023 sudah menjadi bukti untuk dijadikan sebagai alasan untuk kapten Argentina itu mengatasi Erling Haaland dalam perebutan Anugerah Ballon d’Or.

Ketika senarai pemenang sudah pun ‘bocor’ dan dikatakan berpihak kepada Messi, bintang Inter Miami itu nyata berada di kelas tersendiri untuk merangkul anugerah itu buat kali kelapan dan muncul pemain pertama dari Major League Soccer memenanginya.

Kejayaan di Piala Dunia 2022 sudah pasti menjadi faktor yang langsung tidak boleh dipertikaikan untuk Messi ketika Haaland sekadar menyinar bersama Manchester City, namun Norway tidak layak ke Qatar.

Impak yang dijelmakan untuk bantu La Albiceleste muncul juara dunia mengangkat namanya sebagai pemain terbaik malah turut memainkan peranan besar di peringkat kelab ketika menyarung Paris Saint-Germain apabila menjaringkan 38 gol dan cipta 25 bantuan jaringan.

Malah, cara permainan City mungkin menjadi satu lagi kekangan dan menyukarkan Haaland untuk mengatasi Messi memandangkan ketajaman penyerang Norway itu terlalu bergantung kepada kualiti rakan sepasukannya termasuk kreativiti Kevin De Bruyne.

Menerusi satu temubual sebelum ini, rakan sepasukan Haaland di City, Rodri turut menamakan Messi sebagai pemain lebih layak untuk dianugerahkan Ballon d’Or.

“Siapa yang akan memenangi Ballon d’Or? Bagi saya pemain itu tetap Lionel Messi,” katanya yang turut tewaskan Haaland untuk muncul sebagai Pemain Terbaik Liga Juara-Juara musim lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI