fbpx

Usaha kerajaan tebuk atap belum berakhir – Puad Zarkashi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Puad (kiri) dan Tuan Ibrahim (kanan).

PETALING JAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi menganggap usaha untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum berakhir.

Dalam satu hantaran di Facebook, Mohd. Puad berkata, kenyataan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man semalam bahawa Pas akan kembali menjadi sebahagian parti yang menerajui Putrajaya tidak lama lagi, adalah sesuatu yang menakutkan.

Katanya, usaha ‘kerajaan tebuk atap’ belum berakhir dan Pas hanya mahu politik Malaysia seperti ‘kiamat’.

“Pas kembali memerintah tidak lama lagi? Itu cakap Timbalan President Pas. Maksudnya Kerajaan Perpaduan akan tumbang. Bagaimana? Mesti tebuk atap atau Gabungan Parti Sarawak tarik diri.

“Menurut Tuan Ibrahim lagi, waktu Pas ada 18 kerusi Pas jadi kerajaan. Waktu Pas banyak kerusi di Pilihan Raya Umum ke-15, Pas jadi pembangkang. Ini macam kiamat,” katanya.

Ujarnya lagi, punca kenapa Pas tidak mampu menjadi sebahagian parti menerajui Putrajaya adalah kerana sikap angkuh dan tamak yang dimiliki parti itu.

“Sebabnya Pas angkuh dan tamak. Pas derhaka titah Yang Dipertua Agong. Pas mahu jawatan Menteri Besar Pahang. Usaha beli 10 Ahli MKT UMNO gagal.

“Cakap Tuan Ibrahim menakutkan. Usaha kerajaan tebuk atap belum berakhir. Pas mahu politik Malaysia jadi macam ‘kiamat’,” katanya.

Semalam, Tuan Ibrahim menyatakan keyakinannya apabila pemimpin luar negara yang menemuinya turut menyuarakan keyakinan masa depan Malaysia terletak di tangan parti itu dan Perikatan Nasional (PN).

“Kita punyai peluang menerajui (kerajaan) persekutuan dalam tempoh tidak lama lagi. Pas pasti bersama PN akan menerajui kerajaan pada masa hadapan.

“Kita harus bersedia menerajui kerajaan, Pemuda mesti melengkapkan hakikat tersebut dan bersama pimpinan menerajui kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Pemuda PAS kali ke-64 di Shah Alam, semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI