fbpx

Tukang masak berdepan hukuman gantung sampai mati miliki, edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHEE CHUEN ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kluang untuk bacaan pertuduhan kerana memiliki serta mengedar dadah di sebuah rumah di Taman Sam Hoe, Kluang, hari ini.

KLUANG – Seorang tukang masak mengaku tidak mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, awal bulan ini.

Tertuduh, Wong Chee Chuen, 34, hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada lelaki tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, Chee Chuen didakwa mengedar dadah berbahaya jenis serbuk methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) seberat 6083.18 gram di sebuah rumah di Taman Sam Hoe, di sini pada kira-kira pukul 11 pagi, 8 Oktober lalu.

Dakwaan dilakukan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta yang sama, sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 12 sebatan jika tidak dihukum mati.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki dadah jenis ketamin sebanyak 7.70 gram di lokasi dan masa yang sama.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta yang sama dan sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh, dan mahkamah menetapkan 13 Disember sebagai tarikh serahan laporan kimia dan sebutan semula kes.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang tukang masak ditahan di rumah sewanya di Taman Sam Hoe di sini kerana disyaki memiliki dadah jenis ekstasi lebih enam kilogram yang dianggarkan bernilai hampir RM450,000.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI